Mengelilingi dunia Nellie_Bly

Nellie Bly dalam pakaian kembara, 1890

Pada tahun 1888, Dunia New York diberikan cadangan untuk menghantar seorang wartawan bagi mengelilingi dunia. Perbuatan itu meniru buku Jules Verne, Mengelilingi Dunia dalam Lapan Puluh Hari. Keputusan dibuat untuk menghantar Nellie Bly dan pada 14 November 1889, beliau bertolak dari New York untuk perjalanannya yang berjarak 24,899 batu.

"Tujuh puluh dua hari, enam jam, sebelas minit dan empat belas saat selepas beliau bertolak dari Hoboken" (25 Januari 1890), Nellie tiba di New York. Pada masa itu, tempoh perjalanan ini merupakan rekod dunia untuk mengelilingi bumi, walaupun rekod itu dipecah beberapa bulan kemudian oleh George Francis Train yang menyiapkan perjalanannya dalam tempoh 67 hari.

Dalam perjalanannya mengelilingi dunia, Bly bukan sahaja melawat England, Jepun, China, Hong Kong, dan tempat-tempat lain, tetapi beliau juga melawat tempat asal Jules Verne, Brindisi, Colombo, dan San Francisco. Beliau juga merupakan wanita pertama untuk mengelilingi dunia tanpa diiringi oleh sebarang orang lelaki, dan menjadi contoh untuk wanita di merata-rata tempat.